Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM

28 10 2009

kwapmMajlis Penyampaian Bantuan KWAPM 2009 telah berlansung pada 27 Oktober 2009. Harapan sekolah dan PIBG Semoga ibupada dapat menggunakan sebaik mungkin bantuan tersebut untuk keperluan persekolahan anak-anak mereka.

kwm

SDC12202





PROGRAM PERMUAFAKATAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

20 10 2009

PENGENALAN

Program majlis permuafakatan ibu bapa dan guru Daerah Pasir Puteh bertujuan untuk merapatkan lagi jurang antara guru-guru seluruh daerah Pasir Puteh dengan persatuan ibu bapa pelajar , dari majlis inilah guru dan ibu bapa dapat berkongsi idea demi memartabatkan pendidikan dikalangan masyarakat.

OBJEKTIF

  1. Merapatkan hubungan antara pihak pengurusan sekolah dengan PIBG sekolah dibawah PPD Pasir Puteh, Kelantan.
  2. Memastikan Program PIBG yang berkesan dan memberi manfaat kepada sekolah.
  3. Menyebarkan maklumat semasa kepada warga pendidik dan jawatankuasa PIBG.

MATLAMAT

”PERMUAFAKATAN MENJANA KECEMERLANGAN ”. Melahirkan warga negara yang berkejasama dan saling bantu membantu antara warga pendidik.

Program                       : Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Daerah Pasir

Puteh, Dengan  Kerjasama PIBG SMKG.

Tarikh                          : 20 Oktober 2009

Masa                            : 8.00 pg – 1.30 ptg

Tempat             : Dewan Ilmu Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal.

Kumpulan Sasar           : Ibu bapa dan guru

Jumlah              : 500 orang





SMK Gaal di Facebook

13 10 2009

Kepada guru, bekas guru, pelajar, bekas pelajar, ahli PIBG atau sesiapa jua yang terlibat secara langsung atau tidak dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal, dipersilan untuk join facebook SMKG. Banyak info serta gambar-gambar yang dimasukkan di sana.

Mark Zuckerberg adalah pengasas dan CEO dari Facebook, yang ia mula di bilik asrama perguruan tinggi pada tahun 2004 dengan roomates Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.

Zuckerberg yang bertanggungjawab untuk menentukan keseluruhan arah dan strategi produk untuk Facebook. Dia memimpin desain Facebook perkhidmatan dan pembangunan teknologi teras dan infrastruktur.

Sebelumnya dalam hidup, Zuckerberg mengembangkan sebuah sistem rekomendasi muzik yang dipanggil sinaps dan peer-to-peer disebut klien Wirehog. Namun, ia meninggalkan kedua untuk mengejar projek-projek baru.

Zuckerberg masuk Harvard University dan mempelajari ilmu komputer sebelum mendirikan Facebook.

Sementara di Harvard, Zuckerberg mencipta Facemash, sebuah laman web yang berbanding pelajar ‘foto asrama sisi-membahu dalam cara yang sama dengan HEBAT atau TIDAK. Harvard pentadbiran tidak geli, dan Zuckerberg menghadapi tindakan disiplin seterusnya. Kurang daripada tiga bulan kemudian, ia meluncurkan Facebook.

Zuckerberg memenangi 2007 Crunchie Award untuk ‘Best Startup CEO. “

sumber dari : http://www.crunchbase.com/person/mark-zuckerberg





Majlis Sambutan Perayaan 1 Malaysia

5 10 2009

Majlis Sambutan Perayaan 1 Malaysia di bawah RIMUP telah diadakan pada 29 September 2009. Bersempena dengan bulan syawal, majlis ini cukup meriah dan bermakna. Jamuan Hari Raya tersedia dengan pelbagai juadah dan kuih-muih.

kekguru2lakibudakjohanguru2edit





Jasamu Tetap Dikenang

20 08 2009

Tuan Haji Abdul Rasid Dollah

sidDilahirkan pada 26 Ogos 1953, di kampong Pak simpol, Bachok. Memulakan pendidikan awal di SK Pak Badol. Persekolah terhenti selama empat bulan kerana mengikuti ibu tercinta ke Ulu Sat, Machang setelah ibu berpisah dengan bapa. Setelah itu beliau melapurkan diri untuk belajar di SK Kampung Nara, Pasir Puteh.

Beliau telah merneruskan pendidikan ke Sekolah Menengah Rendah Pasir Puteh (SMK Tok Janggut) pada tahun 1966-1970. Pada tahun 1970 telah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM (Pangkat 1). Beliau melanjutkan pelajaran ke SM Ismail Petra (SMIP). Mendapat sijil STP (Cemerlang dengan 4P). Melanjutkan pelajaran ke UM pada Mei 1974. Mendapat Ijazah pada tahun 1977.

Rekod Perkhidmatan:

  1. SMK Gaal (1978-1990)
  2. SMK Bukit Jawa (1990-1995)
  3. SMK Dato’ Ismail (1995-1999)
  4. SMK Batu Gajah (2000-2006)
  5. SMK Gaal (2007-Sekarang)

Melalui cinta pandang pertama, tanggal April 1982 Tuan Haji Abd Rasid telah diijab Qabul dengan Zainab Bte Yusoff sebagai suami isteri. Kini Tuan Haji telah dikurniakan tujuh cahaya mata.

  1. Mohd Zul Fadli- Lulusan UM. Bekerja Sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM (Sabah)
  2. Nor Hafizah- Lulusan UIAM dalam bidang Kejuruteraan.
  3. Mohad Farid- Lulusan STAM dan STPM
  4. Nor Hamidah- Sedang menuntut di UIAM
  5. Mohd Fahmi- Sedan kursus di IKBN, Bachok
  6. Nor Hakimah- Sedang menuntut di Kolej Matrikulasi, Kuala Pilah NS
  7. Mohd Hafizuddin- Tingkatan 3 di Maahad Saniah, P. Puteh.

Umpama kata pepatah, Sebutir intan walaupun berada di dalam lumpur, kilauannya tidak akan pudar. Sampai masa sinarnya akan memancar. Begitulah kisah beliau walaupun hidupnya susah pada mulanya, namun berkat kesabaran, beliau terus mencipta kejaan.

Warga SMKG mengucapkan Selamat Bersara. Moga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Pohon Maaf dari kami semua.

1235





H1N1

12 08 2009

Sama-sama kita sembahyang hajat dan memohon pada yang Esa, agar kita semua dilindungi dari bala ini.





Gotong Royong Perdana (RIMUP 2009)

3 08 2009

Gotong Royong Perdana telah dijalankan pada hari ini yang membabitkan warga SMKG dan PIBG. Telah dibahagikan kepada empat kawasan. Kawasan Dewan diselia oleh PIBG dari Kg Gaal, Kemudu Bongkok dan Wakaf Lichong. Padang Sekolah diselia oleh PIBG dari Gong Datuk, Bunut Rendang dan Batu Hitam. Kawasan Padang Tenis diselia oleh Kg. Kandis dan Kg. Changgai. Manakala Tepi Blok P&P diuruskan oleh PIBG dari Kg Gong Nangka, Wakaf Raja, Sungai Gali, Dalam Pisang dan Gong Derdap.tebang2tebang3tebang4tebang5cuci





Sayonara ABg Din Dan Abg Sir

16 07 2009

Saya mewakili warga SMKG mengucapakan selamat bertukar kepada En. Noradin Bin Yusof( N26) yang telah bertukar ke Sm Sains Pasir Puteh. Manakala En. Nik Mohamad Nasir Bin Yusof (N4) yang bertukar ke SMK Jeram, Pasir Puteh. Semoga mereka berdua akan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Harapan jangalah smk gaal dilupakan. Tahniah atas kenaikan pangkat mereka.





Perkhemahan Pakaian Seragam 2009

28 06 2009

Telah diadakan pada 28hb hingga 30 Mei 2009 di Tok Bali.

edit1





Tahniah dan Selamat Datang

15 06 2009

jamalWarga SMKG mengucapkan tahniah kepada En.Wan Jamaludin Bin Wan Omar kerana telah dilantik menjadi Guru Cemerlang Sejarah. Beliau telah dinaikan ke DG48. Dengan itu jawatan PK HEM telah dilepaskan dan diisi oleh En. Rosli Bin Yaacob dari SMK Tok Janggut  selaku PK HEM baru di SMKG. Semoga kedua-dua insan ini akan dapat mencurahkan bakti kepada warga SMKG. Harapan warga SMKG lagi agar mereka berdua ini akan dapat menjadikan SMKG merupakan antara sekolah yang disegani di daerah Pasir Puteh khasnya, dan di seluruh Kelantan amnya. Dengan Kehadiran PK HEM baru, para guru bersedia dan semakin bersemangat memikul tanggung jawab untuk memastikan anak didik terus maju di bidang akademik, rohani dan ko-kurikulum. kerat3

Tahniah dan selamat datang……