Internet Percuma di SMKG

16 01 2011

Semenjak tahun 2010 lagi, SMKG melalui unit ICT telah menyediakan rangkaian internet tanpa wayar (Wi-Fi) di hampir 98% kawasan sekolah termasuk villa puteri. Guru Penyelaras Bestari telah menyediakan 5 buah access point. Lokasinya adalah di Makmal ICT B, Bilik Peperiksaan, Pejabat, Bilik Guru, Bengkel KHB dan di Pondok jaga Villa puteri. Sekiranya anda bernasib baik… di tepi pagar sekolahpun anda mampu melayari internet secara percuma.

Semua warga SMKG dialu-alukan menggunakan teknologi yang disediakan oleh KPM

Advertisements