Jasamu Tetap Dikenang

20 08 2009

Tuan Haji Abdul Rasid Dollah

sidDilahirkan pada 26 Ogos 1953, di kampong Pak simpol, Bachok. Memulakan pendidikan awal di SK Pak Badol. Persekolah terhenti selama empat bulan kerana mengikuti ibu tercinta ke Ulu Sat, Machang setelah ibu berpisah dengan bapa. Setelah itu beliau melapurkan diri untuk belajar di SK Kampung Nara, Pasir Puteh.

Beliau telah merneruskan pendidikan ke Sekolah Menengah Rendah Pasir Puteh (SMK Tok Janggut) pada tahun 1966-1970. Pada tahun 1970 telah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM (Pangkat 1). Beliau melanjutkan pelajaran ke SM Ismail Petra (SMIP). Mendapat sijil STP (Cemerlang dengan 4P). Melanjutkan pelajaran ke UM pada Mei 1974. Mendapat Ijazah pada tahun 1977.

Rekod Perkhidmatan:

  1. SMK Gaal (1978-1990)
  2. SMK Bukit Jawa (1990-1995)
  3. SMK Dato’ Ismail (1995-1999)
  4. SMK Batu Gajah (2000-2006)
  5. SMK Gaal (2007-Sekarang)

Melalui cinta pandang pertama, tanggal April 1982 Tuan Haji Abd Rasid telah diijab Qabul dengan Zainab Bte Yusoff sebagai suami isteri. Kini Tuan Haji telah dikurniakan tujuh cahaya mata.

  1. Mohd Zul Fadli- Lulusan UM. Bekerja Sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM (Sabah)
  2. Nor Hafizah- Lulusan UIAM dalam bidang Kejuruteraan.
  3. Mohad Farid- Lulusan STAM dan STPM
  4. Nor Hamidah- Sedang menuntut di UIAM
  5. Mohd Fahmi- Sedan kursus di IKBN, Bachok
  6. Nor Hakimah- Sedang menuntut di Kolej Matrikulasi, Kuala Pilah NS
  7. Mohd Hafizuddin- Tingkatan 3 di Maahad Saniah, P. Puteh.

Umpama kata pepatah, Sebutir intan walaupun berada di dalam lumpur, kilauannya tidak akan pudar. Sampai masa sinarnya akan memancar. Begitulah kisah beliau walaupun hidupnya susah pada mulanya, namun berkat kesabaran, beliau terus mencipta kejaan.

Warga SMKG mengucapkan Selamat Bersara. Moga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Pohon Maaf dari kami semua.

1235





H1N1

12 08 2009

Sama-sama kita sembahyang hajat dan memohon pada yang Esa, agar kita semua dilindungi dari bala ini.





Gotong Royong Perdana (RIMUP 2009)

3 08 2009

Gotong Royong Perdana telah dijalankan pada hari ini yang membabitkan warga SMKG dan PIBG. Telah dibahagikan kepada empat kawasan. Kawasan Dewan diselia oleh PIBG dari Kg Gaal, Kemudu Bongkok dan Wakaf Lichong. Padang Sekolah diselia oleh PIBG dari Gong Datuk, Bunut Rendang dan Batu Hitam. Kawasan Padang Tenis diselia oleh Kg. Kandis dan Kg. Changgai. Manakala Tepi Blok P&P diuruskan oleh PIBG dari Kg Gong Nangka, Wakaf Raja, Sungai Gali, Dalam Pisang dan Gong Derdap.tebang2tebang3tebang4tebang5cuci