Ceramah Motivasi Oleh Steven H.Mellema

29 06 2011

Dr Steven H Mellema is Associate Professor and Chair of Physics at Gustavus Adolphus College in Saint Peter, Minnesota, USA

Pernah Mengajar di smk kamil, p.puteh

November 1972 – December 1974 U.S. Peace Corps Volunteer – teacher
January 1976 – November 1976 Kamil Secondary School
Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia





SMKG Dicalonkan untuk anugerah Bai’ah

15 06 2011
Hari ini SMKG dikunjungi oleh pegawai-pegawai  nazir untuk memantau dan membantu sekolah demi untuk memastikan SMKG berjaya menerima anugerah ini.  Terima kasih…

( ARKIB : 18/02/2011) http://www.utusan.com.my

Cabaran baru kepimpinan sekolah melalui Bai’ah

KUALITI pengetua dan guru besar adalah penentu kepada program Tawaran Baru atau Bai’ah yang diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika berucap pada Majlis Perutusan Khas 2011 di Putrajaya baru-baru ini. Dalam ucapan itu, beliau telah memberikan cabaran baru kepada pengetua dan guru besar untuk meningkatkan prestasi sekolah ke tahap yang cemerlang.

Konsep Bai’ah ini amat mudah. Sekiranya prestasi sekolah melepasi tahap kecemerlangan yang ditetapkan, mereka akan diberikan ganjaran dalam bentuk kewangan. Jumlahnya amat menarik iaitu mereka layak menerima RM7,500 seorang. Sementara itu, lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan guru lain diberikan RM900 seorang. Nama pengetua dan guru besar yang layak akan diumumkan pada pertengahan tahun ini.